• Utama
  • Artikel
  • Forum
  • Kandungan
    Utama | Artikel | Kelas | Kelas 1 : Persediaan Memulakan Kelas

    Kelas 1 : Persediaan Memulakan Kelas

    [ Admin ] [ 23-11-2009 ]
    Sebelum memulakan kelas, Kuang akan menerangkan serba ringkas tentang laman web dan PHP. Selain daripada itu, pada artikel ini Kuang juga akan menyenaraikan software-software yang diperlukan untuk belajar membuat pengaturcaraan web menggunakan PHP.


    LAMAN WEB :
    • Terbahagi kepada 2 kategori iaitu statik dan dinamik.
      • Statik
        :: laman web yang tiada pangkalan data dan tidak berinteraksi dengan pengguna
      • Dinamik
        :: laman web berpangkalan data dan mempunyai pelbagai fungsi yang boleh berinteraksi dengan pengguna selain hanya memberi paparan info sahaja
    • Portal dan laman web juga berbeza di mana portal boleh diibarat seperti induk yang menghimpunkan pelbagai informasi dan laman web tetapi laman web pula adalah adalah paparan info yang mempunyai skop yang lebih kecil berbanding portal.
    PHP
    • bahasa kod pengaturcaraan yang digunakan untuk membangun laman web dinamik.
    • bermula dengan kod < ?php dan diakhiri dengan kod ? >

    contoh :
    1
    <?php  $data 101001; echo $data;  ?>


    OK, berikut pula adalah senarai perisian (software) yang Kuang gunakan untuk memulakan pengaturcaraan PHP:
    • MACROMEDIA DREAMWEAVER (versi terkini : CS4)
    • EASYPHP (versi terkini : 5.3)
      • Pakej yang mengandungi server Apache, pangkalan data MySql dan PHP extension.
      • Bertindak sebagai server localhost atau boleh diistilahkan sebagai menjadikan PC anda bertindak sebagai server
      • http://easyphp.org

    • MOZILLA FIREFOX, INTERNET EXPLORER dan GOOGLE CHROME
      • Kuang akan test ketiga-tiga pelayar web ini bila satu modul pengaturcaraan dah siap ditulis.

    Jadi, itulah sahaja untuk permulaan kelas kita. Diharapkan korang semua dapatlah buat sedikit research pasal ketiga-tiga software ni sebelum kita memulakan kelas menulis skrip PHP nanti k.

    Sekian, terima kasih

     
    << Kembali
     
    Senarai Web BNG
    Empayar : Kuasa Pemerintahan Anda
    Armada :: Revolusi Empayar
    Binagara :: Sebenar-benar negara