• Utama
  • Artikel
  • Forum
  • Kandungan
    Utama | Artikel | Kelas | Kelas 3 : Membina Pangkalan Data blogsaya

    Kelas 3 : Membina Pangkalan Data blogsaya

    [ Admin ] [ 20-05-2010 ]
    Untuk kelas ketiga ini, Kuang akan mengajar cara untuk menghasilkan pangkalan data untuk blogsaya. Dengan menganggap anda telah pun faham dengan kelas pertama Kuang dulu, Kuang akan skip beberapa perkara. Tapi kalau anda masih musykil dan keliru, jangan segan silu untuk poskan persoalan anda di ruangan respon artikel ni k...

     

    Sila ikut langkah-langkah dibawah untuk membina pangkalan data blogsaya :
    klik pada imej untuk paparan yang lebih besar...sikit

    1. sila pastikan easyphp anda 'hidup' (apache n mysql is set to started)
    2. buka browser (Kuang biasa buka guna Mozilla firefox) dan pada pergi ke laman http://localhost/home/mysql
    3. paparan seperti dalam gambarajah 2.1 akan keluar, dan sila taip blogsaya dalam ruangan Create New Database dan terus klik "Create"
      gambarajah 2.1
    4. paparan seperti dalam gambarajah 2.2 pula akan dipaparkan, dan pada ruangan Create new table... tu, sila taip NAME = artikel, NUMBER OF FIELDS = 3 dan klik button "Go"
      gambarajah 2.2
    5. paparan seperti dalam gambarajah 2.3 pula dipaparkan, dan anda perlu masukkan 3 fields untuk table artikel ini. Ikut style Kuang, tiap-tiap table yang Kuang buat mesti ada satu field (biasanya field yang pertama yang diberi nama nama_table_id ) yang diset sebagai primary key dan unik. Sila isi kesemua ruangan ini mengikut apa yang dipaparkan di dalam gambarajah 2.3 dibawah.
      gambarajah 2.3
    6. paparan seperti dalam gambarajah 2.4 dipaparkan dan ini memberitahu bahawa anda telah berjaya membuat satu table untuk pangkalan data blogsaya. Apa yang perlu dibuat selepas ini adalah memasukkan data ke dalam table ini. Sila klik Insert pada menu tab yang ada.
      gambarajah 2.4
    7. paparan seperti dalam gambarajah 2.5 dipaparkan, dan sila masukkan butiran yang diminta. Bila dah settle semuanya, klik button "Go". Diingatkan, sila abaikan ruangan artikel_id kerana ia adalah field primary dan ia akan generate nombor id nya sendiri selepas anda klik button "Go".
      gambarajah 2.5
    8. SUKSES!! anda telahpun berjaya masukkan data pada table artikel dalam pangkalan data blogsaya. Klik Browse pada menu tab untuk papar senarai data yang ada sepertimana yang ada dalam gambarajah 2.6.
      gambarajah 2.6
     
    << Kembali
     
    Senarai Web BNG
    Komuniti Bloggers Pemain BiNaGara
    Belajar PHP dan bina laman web ikut cara Kuang