• Utama
  • Artikel
  • Forum
  • Kandungan
    Utama | Artikel | Kelas | Kelas 4 : Menghubungkan PHP dengan MySQL

    Kelas 4 : Menghubungkan PHP dengan MySQL

    [ Admin ] [ 12-11-2010 ]
    Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Setelah sekian lama Kuang menghilang, kali ni Kuang hadir nak ajar macam mana nak hubungkan coding PHP dengan database MySQL. Kalau nak ikutkan, banyak cara anda boleh jumpa kalau search je kat google... tapi kat sini Kuang akan ajar cara yang Kuang guna buat programming. Seperti biasa, Kuang menganggap anda dah pon buat pangkalan data blogsaya sepertimana dalam artikel sebelum ini.

    Dengan menganggap easyphp telahpun diset sebagai aktif dan anda telahpun buka dreamweaver (dengan membuka fail index.php dalam folder blogsaya), Kuang akan memulakan kelas kali ini dengan cara 'memanggil' pangkalan data blogsaya.

    1. Pada bahagian panel kiri dreamweaver, tertera perkataan DATABASE. Klik panel DATABASE tersebut dan klik tanda tambah (+) untuk langkah seterusnya.

      Gambarajah 5-1 : Panel DATABASE
    2. Perkataan"MySQL connection" akan tertera dan klik pada perkataan tersebut. Paparan seperti gambarajah 5-2 akan dipaparkan dan sila masukkan segala butiran yang diperlukan sama seperti yang terdapat dalam gambarajah 5-2 dibawah dan seterusnya klik OK.
      Seelok-eloknya connection name tu biarlah sama dengan nama folder...senang cerita...itu style Kuang la kan...
      username = root n password = empty tu adalah username n password default kalau kita takde adjust apa-apa kat phpmyadmin

      Gambarajah 5-2 : Butiran Pangkalan Data
    3. Apabila anda klik butang OK, pada panel DATABASE akan tertera pangkalan data blogsaya dan pada panel Local files pula, secara automatik folder Connections akan dihasilkan. Anda akan nampak seperti pada gambarajah 5-3 di bawah.

      Gambarajah 5-3 : Paparan pangkalan data blogsaya dalam panel DATABASE
    4. Jika anda buka fail blogsaya.php dalam folder Connections, anda akan dapat lihat skrip yang begini :
      1
      2
      3
      4
      5
      6
      7
      8
      9
      10
      <?php 
          
      # FileName="Connection_php_mysql.htm"
          # Type="MYSQL"
          # HTTP="true"
          
      $hostname_blogsaya "localhost";
          
      $database_blogsaya "blogsaya";
          
      $username_blogsaya "root";
          
      $password_blogsaya "";
          
      $blogsaya mysql_pconnect($hostname_blogsaya,$username_blogsaya,
          
      $password_blogsaya) or trigger_error(mysql_error(),E_USER_ERROR); 
           
      ?>

      Skrip diatas adalah skrip php yang akan menghubungkan sistem anda ke pangkalan data blogsaya.
    5. So rakan2, skrip untuk menghubungkan sistem ke pangkalan data dah pun siap... tapi macam mana nak paparkan data dalam pangkalan data tu? Jawapannya begini... kita sambung pada artikel akan datang....heheh...jangan marah a....
     
    << Kembali
     
    Senarai Web BNG
    Komuniti Bloggers Pemain BiNaGara
    Belajar PHP dan bina laman web ikut cara Kuang