• Utama
  • Artikel
  • Forum
  • Kandungan
    Utama | Artikel | Kelas | Kelas 5 : Papar Data Dari Pangkalan Data blogsaya

    Kelas 5 : Papar Data Dari Pangkalan Data blogsaya

    [ Admin ] [ 14-05-2011 ]
    Assalamualaikum dan salam sejahtera,

    Seperti biasa, kelas PHP BNG disambung kembali setelah setengah tahun kita berehat. heheheh...

    Kelas terakhir dulu kita dah belajar dan memahami macam mana cara untuk hubungkan fail kita dengan pangkalan data blogsaya. Jadi, kelas pada kali ini, Kuang akan sambung iaitu bagaimana nak paparkan data yang ada dalam pangkalan data blogsaya tu ke fail php kita.

    Dengan menganggap easyphp telahpun diset sebagai aktif dan anda telahpun buka dreamweaver (dengan membuka fail index.php dalam folder blogsaya), Kuang akan memulakan kelas kali ini tentang cara nak paparkan data dalam pangkalan data ke fail index.php blogsaya.

    1. Pada bahagian panel kiri dreamweaver, tertera perkataan BINDINGS bersebelahan dengan panel DATABASE. Klik panel BINDINGS tersebut dan klik tanda tambah (+) untuk langkah seterusnya. 


    Gambarajah 6-1 : lokasi panel 'Bindings'

    2. Butiran data seperti dalam gambarajah 6-2 akan dipaparkan. input NAME sebagai defaultnya akan dipaparkan RecordsetX dengan X merujuk kepada bilangan terkini recordset yang telah direka dalam fail tersebut. Anda boleh ubah kepada nama lain mengikut kesenangan anda. Kuang biasa guna queryX. Connection adalah tajuk connection yang telah kita cipta pada kelas sebelum ini. Table adalah nama table yang kita akan gunakan dalam pangkalan data blogsaya.Columns adalah field pilihan anda yang nak digunakan dalam fail tersebut. Kuang biasa pilih All je. Input lain-lain tu, korang explore sendiri la ye. Bila dah isi semua, baru klik 'OK'.


    Gambarajah 6-2 : Input Recordset

    3. Jika klik panel CODE di bahagian atas, kod php untuk recordset ini adalah seperti berikut:-

    1
    2
    3
    4
    5
    6
    <?php  
    mysql_select_db
    ($database_blogsaya$blogsaya);
    $query_Recordset1 "SELECT * FROM artikel";
    $Recordset1 mysql_query($query_Recordset1$blogsaya) or die(mysql_error());
    $row_Recordset1 mysql_fetch_assoc($Recordset1);
    $totalRows_Recordset1 mysql_num_rows($Recordset1);
     
    ?>

    Kuang lebih suka guna kod ni terus daripada membuat cara pada nombor 1 dan 2 di atas. So, next time, Kuang guna kod php terus lah ye. OK, sekarang, kod dah buat... so, macam mana nak paparkan data? Untuk langkah seterusnya, Kuang akan mengupgrade skill korang terus kepada level intermediate. Kita guna coding je terus k.

    Terdapat 2 cara untuk paparkan data yang ada dalam pangkalan data iaitu papar hanya 1 data mengikut kehendak kita atau papar semua data yang terlibat. Untuk memaparkan 1 data sahaja, kita cuma terus letak array field yang kita nak paparkan sahaja seperti $row_Recordset1['artikel_teks'];. Untuk paparkan banyak data, kita perlu gunakan gelung do...while seperti berikut:-

    1
    2
    3
    4
    <?php  
    do {
    echo 
    $row_Recordset1['artikel_teks'];
    }while(
    $row_Recordset1=mysql_fetch_assoc($Recordset1));
     
    ?>

    Berikut adalah contoh bagaimana Kuang paparkan data yang ada daripada pangkalan data ke fail index.php:-

    teks 'Hello World' yang kita buat dulu :-:

    1
    2
    <?php 
    echo "Hello World...";
     
    ?>

    tukar kepada teks berikut:-

    1
    2
    3
    4
    5
    6
    7
    8
    9
    10
    11
    12
    <?php 
    echo "<table cellpadding=\"0\" cellspacing=\"0\" border=\"0\" width=\"50%\">";
    do {
    $bilangan++;
    echo 
    "   
    <tr>
    <td width=\"10%\" align=\"left\">
    $bilangan</td>
    <td width=\"40%\" align=\"left\">"
    .$row_Recordset1['artikel_tajuk']."</td> 
    <td align=\"left\">"
    .$row_Recordset1['artikel_teks']."</td> 
    </tr>"
    ;
    }while(
    $row_Recordset1=mysql_fetch_assoc($Recordset1));
    echo 
    "</table>"
     
    ?>

    Maka, jadilah kod paparan data kita. Untuk test run, save dulu fail kita (Ctrl + S) dan tekan F12. Itulah sahaja kelas kelima kita untuk kali ini. Bila Kuang free lagi, kita akan belajar tentang cara nak buat login ke dalam sistem k. So, sekian, terima kasih kerana sudi mengikuti kelas PHP versi Kuang ni. Assalamualaikum...

     
    << Kembali
     
    Senarai Web BNG
    Komuniti Bloggers Pemain BiNaGara
    Belajar PHP dan bina laman web ikut cara Kuang