Kelas PHP ikut cara Kuang

Kenapa BNG tak guna ajax dan javascript

[ Admin ] [ 29-10-2011 ]
Assalamualaikum dan salam sejahtera, hari ni Kuang nak membebel pasal javascript.

Javascript ni sebenarnya banyak kelebihannya berbanding kelemahannya... cumanya, dengan pengetahuan web programming yang Kuang ada iaitu pada tahap pertengahan ni,  BNG gagal mempergunakan kelebihan ajax dan javascript sepenuhnya.

Ada yang tanya Kuang kenapa tak nak guna javascript? Kuang tak tau nak jawab macam mana... Kuang cuma dapat jawab 'Aku akan cuba!'. Untuk pengetahuan semua, BNG ni dah pernah dah guna ajax... masa BNG dalam version Sektor7... lama dah beb.... dan hasilnya GAGAL.

Sepanjang version sektor7-b dulu (guna ajax sepenuhnya), masa dalam fasa pembangunan dan fasa testing memang cantik. Best je main sorang-sorang masa tu. Tapi bila dah release kepada public, hancur sehancur-hancurnya... time tu memang teruk a Kuang kena tibai dengan player. Lepas je habis season tu, BNG terus di'downgrade'kan balik kepada version sektor7. Bila Kuang buat post-mortem ke atas coding dan semua-semua perkara, apa yang dapat disimpulkan adalah BNG hanya bersedia menggunakan ajax dan javascript yang power2 hanya apabila BNG dah guna DEDICATED SERVER.

Serius beb, untuk menggunakan javascript yang power dalam aplikasi web berat seperti BNG ni, server load korang mesti pada tahap terbaik. Kalau cpanel korang asyik  keluar alert server overload je, Kuang cadangkan supaya fikir la banyak kali... takut2 jadi macam Kuang nanti.

Bukan nak kata jangan guna javascript terus... boleh kalau nak guna, tapi javascript yang ringan-ringan je la...

so, sekarang ni, Kuang sebolehnya akan mengurangkan penggunaan javascript yang power2 dan lebih menumpukan kepada code php untuk mencari skrip (query) yang lengkap, padat dan menjimatkan masa.

OK lah... Itu sahaja lah coretan Kuang untuk hari ini. Jumpa lagi di lain artikel... bye

assalamualaikum
 
<< Kembali
 
Senarai Web BNG
Empayar : Kuasa Pemerintahan Anda
Armada :: Revolusi Empayar
Binagara :: Sebenar-benar negara